https://www.sinarharian.com.my/article/101760/EDISI/Utara/Penduduk-terpaksa-cari-line-guna-tiang-baldi-dan-tali https://www.sinarharian.com.my/article/101760/EDISI/Utara/Penduduk-terpaksa-cari-line-guna-tiang-baldi-dan-tali Penduduk terpaksa cari 'line' guna tiang, baldi dan tali SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 19 September 2020 Tugasan dan urusan rasmi sukar sekiranya tiada capaian internet. SUNGAI PETANI - Lebih 150 penduduk dari 35 buah rumah di Kampung Kongsi 14, Bukit Selambau, di sini, terpaksa menggunakan tiang, baldi dan tali untuk menikmati kemudahan telefon serta internet, sejak lima tahun lalu. Penduduk, Barathidhasa Veerapan, 26, berkata, tanpa peralatan itu, mereka terpaksa keluar mencari tempat tinggi semata-mata mahu menghubungi saudara atau menggunakan internet termasuk aplikasi WhatsApp dan emel bagi urusan rasmi. Graduan Universiti Malaya dalam bidang Jurusan Bahasa dan Linguistik itu berkata, pengalamannya melalui saat sukar ketika di kampung menyebabkan dia g